Monday, August 15, 2011

Fadhilat Solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan :

Malam 1Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.

Malam 9Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).

 Malam 19 Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”




                                          P/S: SELAMAT BERAMAL~

Happy Birthday My Dear Friend



Dear Nazyha,

Happy Birthday to the one with the
hottest, sexiest and craziest friend ever! Just joking, you're hot too okay. Have a rocking day! 






Saturday, August 13, 2011

Iftar Di Sekolah Bonda Saya

Tanggal 12 Ogos 2011, sekolah bonda saya telah mengadakan Iftar untuk semua guru. Saya tersangat la tidak menyukai untuk menghadiri majlis sebegini. Saya berasa sangat kekok dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Sangat la tak best and dah la takde orang yang hensem nak cuci mata(tak sedar diri langsung bulan Puasa pn still wat keje tuh).

Ayam goreng berempah yang tak berapa nak berempah

Ikan sweet sour.Nampak je macam ni tapi sedap.

Kerabu tak tahu nama. Pedas tapi sedap.


Sira Pisang. Meja kami je dapat ni.VVIP kot





Overall, sy bagi 4 stars out of 5! Seriously sangat kenyang. Tak larat nak habiskan semua. Last2 bagi kat orang lain.

Thursday, August 11, 2011

Pengalaman Berpuasa di Asrama Part 1

Aku masuk asrama masa form 4. That was my first time berjauhan dengan family and my first time tidak berpuasa di rumah. Masa sahur kat asrama dulu paling tak best sebab kena bangun awal (if bangun lambat cafe tutup) and jalan jauh2 semata-mata nak sahur. If duduk kat umahbangun  kul 5.15 am pn sempat lagi nak makan. Time sahur la dewan makan paling lengang. Tak ramai yang kuat semangat nak bangun sahur. Ada jugak kawan-kawan yang makan megi for sahur. And ada jugak yang makan siap-siap before tidur and the next day tak payah bangun sahur. Dah la jalan agak jauh untuk ke dewan makan, sampai-sampai makanan tak sedap and tak kena taste kita pulak. Memang rasa macam nak mengamuk je masa tu. Sometimes disebabkan ramai yang tak bangun sahur kat dewan selera, terpaksalah pakcik dewan makan kejut pelajar perempuan bangun sahur(pelajar lelaki rajin bangun sahur). Pakcik dewan selera berdiri terpacak bawah asrama  But that was one of the pengalaman yang tak dapat dilupakan masa kat asrama.
Dewan selera paling gempak bila time nak berbuka. Semua orang gi DS awal2 nak chop tempat duduk. Ada one day tu, ak tersleep and terbangun dekat nak azan. Sampai2 kat DS je orang tengah azan. Sabo jela. Nasib baik ada makanan lagi. Lepas dh berbuka puasa semua berebut nak gi surau nak sembahyang maghrib. Semua orang berebut-rebut nak duduk kat depan sebab kat depan ada kipas. Kalau duduk belakang time sembahyang terawih jwabnya macam mandi la. Then masa sembahyang terawih kalo dapat imam yang baca slow mesti semua orang mengeluh.Sigh**. Sebabnya kalau tok imam baca slow maknanya lambat la boleh gi prep and lambat la boleh start wat keje sekolah.
Satu lagi pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah bila start puasa je ktorg akan start wt countdown nak balik umah. Everyday ktorg akan kira. Homesick kot. Masa tu la teringat-ingat masakan ibu.
 **To Be Continued in Part 2

What is Wordless Wednesday?

I am sure ramai yang tak tahu apakah Wordless Wednesday. Me myself pun baru je tahu. As usual, I will be the last person to know about the latest news. Kiranya aku ni macam katak bawah tempurung la.Even though today is not Wednesday but I will post entry pasal Wordless Wednesday. 


So, basically Wordless Wednesday is where all the bloggers will post a photograph with no words to explain it in their blog. So, the photo itself will explain everything. Senang kira, picture speaks louder than word..Boleh tak guna idiom nih? Hentam sajo..hehe.
To all the bloggers, lets make this as our habit to post picture with no description on Wednesday!